Thursday, 20 December 2012

Unit Trust Consultant - Public Mutual

Tanggal 10/112012 aku telah menduduki Computerise Unit Trust Examination (CUTE) yang diadakan di Stamford Colloge Melaka. Bayaran yang dikenakan untuk menduduki peperiksaan ini adalah RM250. Alhamdullilah aku telah lulus dan menjadi Unit Trust Consultant yang bertauliah.

Industri Unit Trust di Malaysia amat baik dan menggalakkan lagipun aku bernaung dibawah Public Mutual satu nama yang besar dalam industri unit amanah di Malaysia. Ramai ejen Public Mutual yang berpendapatan lumayan lebih dari RM15K sebulan memang hebat jika anda menyandang jawatan GAM (General Agency Manager) pendapatan bulanan boleh mencecah RM50K. Ade beberapa tahap yang perlu dilalui oleh ejen Public Mutual sebelum bergelar GAM iaitu ;
  1. Unit Trust Consultant - Ejen biasa
  2. Unit Trust Consultant - Agency Supervisor.
  3. Unit Trust Consultant - Agency Manager.
  4. Unit Trust Consultant - General Agency Manager
Ini semua berdasarkan personal sale yang dibuat oleh seseorang ejen. Banyak sale maknanya lebih cepat anda naik pangkat dan lebih besar pendapatan yang anda perolehi. Jika anda mencapai tahap jualan yang disasarkan anda berpeluang melancong ke luar negara disamping itu anda akan mendapat 8 jenis kemudahan pendapatan yang dibayar oleh Public Mutual selain komisyen sebagai ejen.

Sememangnya perniagaan ini amat baik, anda kerja kuat anda dapat lebih, sendiri jadi Boss sendiri jadi pekerja tidak terikat dengan waktu pejabat erti kata lain masa kerja yang flexi.

No comments:

Post a Comment