Monday, 29 April 2013

Ubahsuai rumah

Hari Rabu, 16hb April 2013 mulalah kerja-kerja ubahsuai rumah aku. Ubahsuai bahagian Car Porch untuk dijadikan ruang tamu ke 2 (besarkan ruang tamu sedia ada). Pelan kelulusan dari MBMB telah diperolehi pada 8hb April 2013.
 
Proses pembinaan dimulakan dengan membuat footing (tapak gajah) di sebelah kiri dan kanan selepas itu membina 2 tiang beam setinggi 11 kaki. Apabila beam telah keras maka pembinaan beam sebelah atas (kiri, kanan dan depan) pula dilakukan. Ikut perjanjian tempoh pembinaan akan mengambil masa selama sebulan.

Wednesday, 13 February 2013

KidZania Mutira Damansara KL

Assalamualaikum wbh, 
Pada 10hb Februari 2013 aku dan keluarga telah pergi ke KidZania Kuala Lumpur. Cuti hujung minggu selama 4 hari sempena Raya Cina telah memberi masa dan ruang yang amat bernilai untuk kami. Aku telah merancang untuk membawa anak-anak ke Kid Zania.

KidZania adalah satu premis bangunan terletak di Mutiara Damansara KL yang memberikan satu pengalaman amat seronok dan menarik bagi kanak-kanak, di sana kanak-kanak boleh menjadi apa yang mereka mahukan seperti Doktor, Polis, Bomba, Doktor Gigi, Pengamal Kecantikkan, Jurutera, Wartawan, Penyampai Berita, Juruterbang dan berbagai lagi karektor yang mereka mahukan.

KidZania boleh juga dianggap sebagai pusat terapi minda dan motivasi kepada kanak-kanak dengan bermain dan berlakon untuk menjadi karektor yang mereka suka secara langsung ianya dapat mendorong kanak-kanak lebih berkeyakinan dan lebih berusaha untuk mencapai cita-cita meraka.

Aku amat menyukai konsep yang ditampilkan dimana konsep ini diadaptasi dari negara Mexico dengan premis yang berhawa dingin serta mempunyai cafe didalamnya ianya amat santai dan libur kepada ibubapa untuk menunggu anak-anak mereka yang sedang bermain. Harga tiket untuk masuk amat berpatutan iaitu RM35 dewasa dan RM60 Kanak-Kanak. Aku telah meluangkan masa selama 4 jam disana bermula jam 11pagi hingga 3 petang .