Thursday, 20 December 2012

Unit Trust Consultant - Public Mutual

Tanggal 10/112012 aku telah menduduki Computerise Unit Trust Examination (CUTE) yang diadakan di Stamford Colloge Melaka. Bayaran yang dikenakan untuk menduduki peperiksaan ini adalah RM250. Alhamdullilah aku telah lulus dan menjadi Unit Trust Consultant yang bertauliah.

Industri Unit Trust di Malaysia amat baik dan menggalakkan lagipun aku bernaung dibawah Public Mutual satu nama yang besar dalam industri unit amanah di Malaysia. Ramai ejen Public Mutual yang berpendapatan lumayan lebih dari RM15K sebulan memang hebat jika anda menyandang jawatan GAM (General Agency Manager) pendapatan bulanan boleh mencecah RM50K. Ade beberapa tahap yang perlu dilalui oleh ejen Public Mutual sebelum bergelar GAM iaitu ;
  1. Unit Trust Consultant - Ejen biasa
  2. Unit Trust Consultant - Agency Supervisor.
  3. Unit Trust Consultant - Agency Manager.
  4. Unit Trust Consultant - General Agency Manager
Ini semua berdasarkan personal sale yang dibuat oleh seseorang ejen. Banyak sale maknanya lebih cepat anda naik pangkat dan lebih besar pendapatan yang anda perolehi. Jika anda mencapai tahap jualan yang disasarkan anda berpeluang melancong ke luar negara disamping itu anda akan mendapat 8 jenis kemudahan pendapatan yang dibayar oleh Public Mutual selain komisyen sebagai ejen.

Sememangnya perniagaan ini amat baik, anda kerja kuat anda dapat lebih, sendiri jadi Boss sendiri jadi pekerja tidak terikat dengan waktu pejabat erti kata lain masa kerja yang flexi.

Pemberian Taraf Berpencen

Pada 1hb Disember 2012 aku memasuki satu lagi dimensi dalam perkhidmatan kerajaan, dimana pada tarikh tersebut aku disah dan diperakukan sebagai penerima pencen. Alhamdullillah ketika usiaku menginjak ke angka 37 aku menerima perkara ini dengan hati yang amat gembira. Aku mula berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan bermula 27/6/2009 dan disahkan dalam perkhidmatan setahun kemudian iaitu 27/6/2010.

Walaupun ramai dikalangan rakan seusiaku sudah lama menikmati skim pencen dalam perkhidmatan awam sepatah kata "cap cari dah kering atau ubun - ubun dah keras" tapi aku baru sahaja menikmati skim tersebut memang banyak hikmah yang aku terima. Rezeki itu datang dari Allah ada yang cepat dan ade yang lambat.

Semoga aku menjadi penjawat awam yang cekap dan rajin ....

Monday, 24 September 2012

Hari Raya 2012 @ Syawal 1433H

Gambar kenangan ketika menyambut Hari Raya 2012 @ Syawal 1433H. Gambar diambil di rumah Bonda tercinta Hasnah Binti Mihat di Tmn Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.


















Majlis Iftar Ramadhan 2012 Bersama Rakan Setugas Juruteknik Komputer.

Tanggal 15hb Ogos 2012 @ 26hb Ramadhan 1433H. Saya berpeluang berbuka puasa bersama-sama rakan Juruteknik Komputer. Semoga semangat setiakawan akn terus subur di antara kita.










Thursday, 9 August 2012

Majlis Iftar bersama keluarga tersayang 2012

Pada 22/7/2012 bersamaan 2 Ramadhan 1433 kami sekeluarga berkesempatan untuk berbuka puasa di King Hotel, Ayer Keroh sudah menjadi tradisi keluarga saya untuk berbuka puasa di hotel ketika Bulan Ramadhan bukannya setiap hari atau setiap minggu kami berbuka di hotel cuma 2 atau 3 kali dalam bulan Ramadhan.

Sememangnya juadah berbuka yang disediakan di King Hotel amat menarik dan pelbagai pilihan terutama BBQ kambing panggang, satay ayam, satay kambing, ais krim, abc, bubur, kuih muih, kek dan macam-macam lagi. Pendek kata memang seronok berbuka di hotel. Anak-nak juga teruja dan gembira apatah lagi kami juga disajikan dengan live band lagu tardisional sebagai halwa telinga. Saya dah buat reservation sejak awal-awal lagi iaitu pada awal bulan Julai 2012 sebab untuk Buffet Ramadhan pada 22/72012 Hotel memberikan diskaun 50% jadi tidaklah mahal sangat serta kuliti makanan juga terjamin. dan tempat yang selesa. King Hotel juga mempunyai sijil halal dari Majlis Agama Islam Melaka. Sejak dari tahun 2009 lagi King Hotel sudah menjadi venue favorite keluarga saya untuk berbuka puasa.

Salah satu tujuan saya membawa keluarga berbuka di hotel adalah untuk menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada isteri tercinta serta sekalung penghargaan kepada isteri kerana sentiasa menguruskan hal rumah tangga tanpa rasa jemu walaupun sibuk dengan kerjaya so bila makan diluar tidak perlulah isteri saya memasak dan mengemas pinggan mangkuk, disamping itu ianya juga sebagai terapi minda kepada saya yang bertungkus lumus mencari nafkah untuk keluarga dengan kata lain saya memberi penghargaan kepada diri saya sendiri. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan segalanya kepada kami sekeluarga.

Tuesday, 31 July 2012

Majlis Perkahwinan Adik Lelaki di Gua Musang, Kelantan

Tanggal 27hb Mei 2012 adalah hari bersejarah kepada Hanif Salleh (Anep) kerana pada tarikh tersebut dia telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasanganya Noraini Ismail. Majlis yang penuh meriah tersebut telah dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan terletak di Gua Musang Kelantan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. 





Wednesday, 18 April 2012

Logo MECTAS

Carta Organisasi Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Melaka

iCity n Petrosains KLCC

Pada 15hb Mac 2012 yang lalu, kami sekeluarga telah berpeluang untuk pergi ke Taman Hiburan iCity di Shah Alam, Selangor. Kami telah bertolak dr Melaka pada jam 11 pg dan sampai di sana pada jam 2 ptg. Kami terus Check In di Tree Boutique Hotel di Shah Alam.

Selepas itu kami menjamu selera di restoran yang berdekatan hotel tempat kami menginap. Selesai makan tengah hari kamu pun bergerak ke iCity dan memasuki Snow Walk. Tiket untuk dewasa RM25, kanak-kanak RM20. Kami memasuki Snow Walk dengan memakai baju panas yang disediakan oleh pihak pentadbiran, keadaan didalam tempat tersebut sangat sejuk kira-kira -5 darjah celcius. Anak-nak begitu gembira ketika berada di dalam Snow Walk.






Setelah bermalam di hotel, esoknya pula kami mengunjungi Petrosains di KLCC malangnya tiket pula sudah habis maka kami hanya dapat melihat pameran di Street Smart sahaja.


 

Thursday, 23 February 2012

Berbuka Puasa 2011di Phillea Resort Ayer Keroh

Pada bulan Ramadhan tahun 2011. Aku sekeluarga berpeluang berbuka puasa di Phillea Resort ... Kali ini kami berubah angin kerana biasanya pada bulan puasa tahun 2009 dan 2010 kami selalu pergi ke King Hotel.