Thursday, 9 August 2012

Majlis Iftar bersama keluarga tersayang 2012

Pada 22/7/2012 bersamaan 2 Ramadhan 1433 kami sekeluarga berkesempatan untuk berbuka puasa di King Hotel, Ayer Keroh sudah menjadi tradisi keluarga saya untuk berbuka puasa di hotel ketika Bulan Ramadhan bukannya setiap hari atau setiap minggu kami berbuka di hotel cuma 2 atau 3 kali dalam bulan Ramadhan.

Sememangnya juadah berbuka yang disediakan di King Hotel amat menarik dan pelbagai pilihan terutama BBQ kambing panggang, satay ayam, satay kambing, ais krim, abc, bubur, kuih muih, kek dan macam-macam lagi. Pendek kata memang seronok berbuka di hotel. Anak-nak juga teruja dan gembira apatah lagi kami juga disajikan dengan live band lagu tardisional sebagai halwa telinga. Saya dah buat reservation sejak awal-awal lagi iaitu pada awal bulan Julai 2012 sebab untuk Buffet Ramadhan pada 22/72012 Hotel memberikan diskaun 50% jadi tidaklah mahal sangat serta kuliti makanan juga terjamin. dan tempat yang selesa. King Hotel juga mempunyai sijil halal dari Majlis Agama Islam Melaka. Sejak dari tahun 2009 lagi King Hotel sudah menjadi venue favorite keluarga saya untuk berbuka puasa.

Salah satu tujuan saya membawa keluarga berbuka di hotel adalah untuk menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada isteri tercinta serta sekalung penghargaan kepada isteri kerana sentiasa menguruskan hal rumah tangga tanpa rasa jemu walaupun sibuk dengan kerjaya so bila makan diluar tidak perlulah isteri saya memasak dan mengemas pinggan mangkuk, disamping itu ianya juga sebagai terapi minda kepada saya yang bertungkus lumus mencari nafkah untuk keluarga dengan kata lain saya memberi penghargaan kepada diri saya sendiri. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan segalanya kepada kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment